Perlawanan Kedua vs. IB-Tiger

Kapitan pasukan IB Tiger sedang beraksi

Perlawanan kedua bagi Pasukan MTD adalah bertemu dengan Pasukan IB-Tiger daripada Maybank. Kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang agak seimbang.

Perlawanan dimulakan dengan acara foursome dimana pasukan MTD mendahului dengan skor yang agak banyak tetapi gagal untuk membuat penyudahan.

Disusuli dengan acara perseorangan dimana pasukan MTD diwakili oleh peserta wanita menentang pasukan IB Tiger yang diwakili oleh peserta lelaki. Suasana perlawanan yang hangat dan mendebarkan yang menjadi tumpuan apabila pasukan MTD telah memenangi set pertama membuatkan pasukan lawan semakin tertekan dan berdebar. Akhirnya pasukan MTD telah menang di set kedua yang membuatkan peserta IB Tiger tersipu-sipu.

Inilah dia heroin pasukan MTD yang telah mengalahkan peserta lelaki IB Tiger yang telah membuatkan kepala harimau tunduk ke bumi...

Perlawanan Pertama vs. Gasing Darters

Perlawanan pertama Liga AA bagi pasukan MTD adalah bertemu dengan Pasukan Gasing yang dibarisi oleh pemain-pemain yang berpengalaman dalam pertandingan dart.

Oleh kerana ini adalah kejohanan pertama dan perlawanan pertama bagi Pasukan MTD dan bertemu pula dengan pasukan berpengalaman, maka tidak dapat dinafikan hampir kesemua pemain kami menghadapi saat debaran dan kegugupan semasa perlawanan.

Walaupun pasukan MTD telah tewas seperti yang diduga namun pasukan MTD berjaya juga mencuri kemenangan melalui acara perseorangan ketiga.



Pertandingan Dart Pertama

Pertandingan dart terbuka yang pertama bagi pasukan MTD adalah Kejohanan Liga Jemputan Amin Alley atau Liga AA kali ke 2 yang dianjurkan oleh Amin's Alley Dart Studio yang bertempat di Pandan Cahaya, Kuala Lumpur.

Kejohanan kali ini disertai oleh 14 pasukan termasuk pasukan MTD yang membariskan 3 peserta lelaki dan 3 peserta wanita. Pasukan MTD adalah satu-satunya pasukan yang membariskan peserta wanita berbanding pasukan lain yang membariskan peserta lelaki kesemuanya.

Pertandingan dart pertama yang akan disertai oleh pasukan MTD

Pecahan kumpulan dan jadual perlawanan Liga AA setelah proses pengundian dilakukan. Pasukan MTD berada dalam kumpulan A.

Perlawanan Persahabatan MTD vs. Perkeso

Perlawanan persahabatan pertama tahun 2011 Pasukan MTD menentang Pasukan Perkeso telah diadakan pada hari Jumaat 28 Jan 2011 bertempat di Amin's Alley Dart Studio.
Walaupun Pasukan MTD telah tewas namun semangat perjuangan yang pertama berjaya diharungi untuk menimba pengalaman.

Barisan pemain MTD dan Perkeso
























 
MTD Group of Companies