Amin Alley 180's Club

Taniah kepada saudara Muadzam yang telah berjaya menjadi ahli kelab AA 180's Club. Pemain MTD pertama yang memperolehi skor 180 semasa pertandingan Liga AA menentang pasukan Compressor dalam acara foursome. Lebih menarik apabila pasukan MTD memenagi acara tersebut setelah Muadzam membuat balingan checkout.

Menerima cenderahati AA 180's Club daripada abang Amin.

Foursome Pasukan Compressor vs. Pasukan MTD

Kemenangan Pertama Pasukan MTD

Setelah mengharungi 3 perlawanan tanpa sebarang kemenangan akhirnya Pasukan MTD telah melakar sejarah pertandingan apabila mencipta kemenangan buat pertama kalinya ketika menentang Pasukan TM Snoc A.

Sesungguhnya Pasukan MTD tidak menaruh harapan yang tinggi untuk mencapai sebarang kemenangan dalam pertandingan ini. Kemenangan ini adalah bonus bagi pasukan kami untuk terus meningkatkan prestasi.

Peserta dalam acara bergu pertama

Peserta dalam acara bergu kedua




Pasukan Etiqa juga telah berjaya memakai skirt malam tu....

Inilah dia kedua peserta wanita pasukan MTD yang telah membuatkan Pasukan Etiqa memakai skirt malam tu....

 
MTD Group of Companies