Perlawanan Persahabatan MTD vs. TM Snoc

Terima kasih kepada pasukan TM Snoc yang telah mempelawa pasukan MTD Darters untuk mengadakan perlawanan persahabatan pada tanggal 4 Julai bertempat di Amin Alley Dart Studio.

MTD Darters pada kali ini telah memberi peluang kepada 2 muka baru untuk mengharungi cabaran. Peluang ini tidak disia-siakan oleh mereka dengan kemenangan dalam acara 3some bergandigan dengan pemain lama.

Debaran begitu terasa buat pemain wanita TM Snoc ketika bermulanya acara bergu campuran. Dengan dorongan abang Amin dan sahabat yang lain perasaan debaran berjaya diharungi dan dalam acara perseorangan wanita kelihatan permainan beliau lebih tenang walaupun tewas.

Keputusan keseluruhan perlawanan telah dimenangi oleh Pasukan MTD Darters 7-4. Perlawanan kedua tidak dapat diteruskan kerana kesuntukkan masa.
Ucapan selamat datang daripada Abang Amin kepada team MTD Darters dan TM Snoc Darters
Captain TM Snoc memberi cenderahati kepada captain MTD
Plag cenderahati daripada pasukan TM Snoc
  
Darters dari pasukan MTD dan TM Snoc


 
MTD Group of Companies