Selangor 2012 Darts Championship

Tahun 2012 dimulakan dengan langkah proaktif menghadapi cabaran di Kejohanan Terbuka Selangor 2012. MTD Darters telah diwakili oleh 2 orang peserta wanita menyahut cabaran kali pertama di kejohanan terbuka seperti ini untuk menilai sejauh mana kemampuan dan kekuatan mental untuk bersaing di peringkat negeri.

Selangor 2012 Darts Championship telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 24 hingga 26 Februari bertempat di Hotel Maluri. Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Dart Selangor dan telah dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor iaitu Tuan Nor Zamri Bin Ishak.


Kejohanan Terbuka Pertama yang disertai

Wakil MTD Darters Wan Rafidatu dan Siti Hajar
Sessi pengenalan dan penyampai bunga oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri selangor
  

Sebahagian peserta wanita dari seluruh Malaysia

Acara cabutan undi


Bersama Saadiah yang bertanding untuk ke suku akhir

Siti Hajar dikecewakan oleh DJ Aen (KLFM) peringkat suku akhir walaupun sentiasa mendahului

Geng 180's Siti Hajar bersama Ina

Penyampaian hadiah tempat 9/16 oleh Presiden Dart selangor


Penyampaian hadiah tempat 5/8 oleh Presiden Dart selangor


Berbaloi walaupun pertama kali tapi membuahkan hasil
 Taniah kepada peserta wanita MTD Darters kerana telah berjaya mengharungi cabaran, walaupun berpeluang cerah untuk pergi lebih jauh namun nasib tidak menyebelahi. Ini semua akan dijadikan pengalaman berharga untuk menghadapi cabaran seterusnya.

 
MTD Group of Companies