Keputusan DART Perseorangan LEPAK LEPAK Depavali

DART Perseorangan LEPAK LEPAK Depavali
Tahniah! Tahniah! Tahniah! kepada semua yang mengambil bahagian di acara LEPAK LEPAK Depavali 2011. Seramai 45 orang peserta telah menunjukkan kehebatan mereka berani bermain dalam acara Persaorangan Kalah-mati ini.

DART Perseorangan LEPAK LEPAK Depavali - Jadual perlawanan

Sekitar Hari Pertandingan Dart

Inilah dia pentas pertarungan yang telah dibina khas
Team dari kumpulan Gold Darters

Team dari kumpulan The Blues
Team dari kumpulan White
Team dari kumpulan Green Godzilla
Chalker sedang berbincang
Chalker dari TMSnoc Darters Johari, Nasir & Adnan
Keputusan Pertandingan

Lagi Gambar semasa hari pertandingan Sila Klik Disini

Pertandingan pada tahun ini telah dirancang dengan teliti berdasarkan maklum balas yang diterima semasa penganjuran pada tahun lepas.
Pada kali ini pentas utama tempat pertarungan telah dibuat khas sebagai unsur kejutan kepada peserta semua.
Ini membolehkan peserta menumpukan perhatian terhadap perlawanan dengan pengurangan tekanan daripada para penyokong setiap kumpulan yang terpaksa berlegar agak jauh dari pentas utama.
Terima kasih kepada skuad admin yang diketuai oleh En. Zamani & the geng yang telah menyediakan pentas dan ruangan yang sempurna.

Pada kejohahan kali ini juga pihak penganjur telah menyediakan Chalker bebas dari TMSnoc Darters seramai 3 orang iaitu En. Johari, En. Adnan & En. Nasir dan bekas sifu dart MTD Abg Sham selaku chalker.

Pertandingan kali ini berlangsung dengan sengit terutama kepada 3 pasukan yang mempunyai mata yang sama yang mana kedudukan terpaksa ditentukan melalui beza set menag dan set kalah.


Juara pada kali ini telah dinobatkan kepada Pasukan The Blues selaku juara bertahan diikuti oleh Pasukan Gold Darters juga naib juara bertahan dan peningkatan daripada pasukan Green Godzilla hampir menjadi naib juara tidak kesampaian setelah tewas kepada Pasukan White pada perlawanan terakhir dan tewas 1 set sahaja kepada Pasukan Gold Darters.
Pasukan Putih terpaksa berputih mata selepas tewas teruk kepada Pasukan The Blues & Pasukan Gold Darters dan kemenangan di pusingan akhir menentang Pasukan Green Godzilla tidak dapat membantu kedudukan Pasukan White untuk menghuni tangga tercorot.


Pertandingan pada kali ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden kecuali pihak penganjur yang terpaksa pulang awal atas sebab kecemasan.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan pertandingan pada kali ini.

Lagi Gambar semasa hari pertandingan Sila Klik Disini

Pertandingan Dart Campuran 2011

Pertandingan pada kali ini bukan sahaja disertai oleh ahli-ahli Kelab Sukan Kumpulan MTD, malah kakitangan daripada Kumpulan Alloy telah dijemput untuk turut serta pada kejohanan tahun ini.
Kejohanan akan dijpertandingkan mengikut 4 kumpulan yang mengandungi 8 peserta dan sekurang-kurangnya 2 peserta wanita setiap kumpulan telah diwajibkan untuk turut serta.

 
MTD Group of Companies