Hari Klinik Dart





 Gambar disekitar hari klinik dart yang telah berlangsung pada 16 Sept 2011. Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan terima kasih juga kepada Abg Amin selaku doktor pada hari tersebut. Banyak ilmu dan tip yang telah dikongsikan kepada peserta.
Banner promo klinik dart
Sebahagian peserta klinik bersama doktor
Sessi klinik
Sessi klinik
Demo balingan dart
Ada kejutan cabutan hadiah
En. Khairul antara peserta yang bertuah mendapat tshirt TIGA

En. Fauzi yang telah mendapat sarung dart
Cenderehati daripada Kelab Sukan MTD disampaikan oleh Naib Presiden En. Wan Hamid
Dah selesai klinik buka kedai pulak
Macam goreng pisang panas
 
Dah tak sabar pulak nak membaling

 Lagi gambar disekitar klinik http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.178139082260364&type=1

Klinik Dart 16 September 2011

Buat julung kalinya Kelab Sukan Kumpulan MTD akan menganjurkan satu sessi Klinik Dart seperti tarikh dan masa yang tertera. Klinik ini diadakan khas untuk kakitangan Kumpulan MTD & Alloy  yang berminat untuk mempelajari asas sukan Dart dan mendalami ilmu sukan yang mencabar ini.
Klinik ini akan dikendalikan oleh pemain dart antarabangsa terkemuka iaitu En. Amin Abdul Ghani pemain dart Malaysia tajaan TIGA Jepun.
Antara modul Klinik Dart adalah seperti berikut
  1. Pengenalan Latar Belakang Pengendali Program
  2. Pengenalan Kepada Sukan Dart
  3. Asas Pecahan Kegunaan Peralatan Dart
  4. Tunjuk Ajar Teknik Asas Balingan Dart
  5. Tunjuk Ajar Kedudukan Badan Yang Sempurna
  6. Tunjuk Ajar Memula dan Menamatkan Permainan Dart
  7. Tunjuk Ajar Sisitem Pengiraan Yang Betul
  8. Penekanan Masalah Kekuatan Mental Dan Tumpuan
  9. Persedian Menghadapi Pertandingan
  10. Praktikal Dan Demo Pemain Professional
  11. Balingan Anda Untuk Dikomen
  12. Sessi Soal Jawab
Kepada yang berminat untuk menghadirkan diri sila berhubung dengan kapten Dart atau Setiausaha rumah anda untuk senarai kehadiran.

 
MTD Group of Companies