Pertandingan Dart Pertama

Pertandingan dart terbuka yang pertama bagi pasukan MTD adalah Kejohanan Liga Jemputan Amin Alley atau Liga AA kali ke 2 yang dianjurkan oleh Amin's Alley Dart Studio yang bertempat di Pandan Cahaya, Kuala Lumpur.

Kejohanan kali ini disertai oleh 14 pasukan termasuk pasukan MTD yang membariskan 3 peserta lelaki dan 3 peserta wanita. Pasukan MTD adalah satu-satunya pasukan yang membariskan peserta wanita berbanding pasukan lain yang membariskan peserta lelaki kesemuanya.

Pertandingan dart pertama yang akan disertai oleh pasukan MTD

Pecahan kumpulan dan jadual perlawanan Liga AA setelah proses pengundian dilakukan. Pasukan MTD berada dalam kumpulan A.

 
MTD Group of Companies